Masjid Tanah: "Senarai calon BN sudah lengkap, akan diumumkan bila-bila masa sahaja," kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau tidak akan mengambil masa lama untuk mengumumkan calon BN memandang hari penamaan calon semakin hampir.

"Insya-Allah semua (senarai calon) dah siap. Kita akan beritahu dalam masa yang terdekat... bila-bila masa," katanya selepas menghadiri Program Sembang Santai Geng E-Hailing dan P-Hailing di Kampung Pulau, di sini, malam ini.

Beliau turut menolak dakwaan pengumuman nama calon BN akan dibuat pada 24 Oktober ini.