KUALA LUMPUR – Universitas Training and Alliance Consortium (UTAC) mahu memperluaskan pendedahan terhadap standard dan pensijilan antarabangsa di Malaysia, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada individu khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pengasas dan Pengerusi MY Group International Sdn. Bhd., Datuk Dr. Lim Kee Siang berkata, UTAC yang berasal dari United Kingdom berperanan menghubungkan universiti, institusi TVET, kolej, komuniti serta pemain industri menerusi latihan dan pensijilan profesional.
Menurutnya, pendekatan itu turut membuka peluang kepada golongan pekerja yang tidak berkesempatan melanjutkan pengajian untuk meningkatkan kemahiran menerusi kursus jangka pendek dan latihan khusus.








