PETALING JAYA – Mengundang sebak, ucapan anak sulung pelakon Bella Astillah, Ayden Adrean pada majlis resepsi perkahwinan ibunya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertukar menjadi momen menyentuh perasaan.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu meluahkan betapa besar makna kebahagiaan buat insan disayanginya, sekali gus sebagai anak lelaki, tiada yang lebih diharapkan selain melihat ibunya kembali tersenyum selepas melalui fasa duka.
“Saya dan Ara, kadang-kadang saya tak berapa faham dengan semua benda yang berlaku.
“Saya cuma tahu yang mommy tengah sedih dan sebagai anak lelaki dia, satu-satunya perkara yang saya mahukan adalah untuk melihat mommy tersenyum semula,” katanya ketika berucap di majlis resepsi yang berlangsung di Mitec, Kua








