PETALING JAYA: “Aku tahu dia nak balik. Tiga kali dia hadir dalam mimpi aku, dia nak balik.”
Itulah luahan Hani Othman, isteri Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa menerusi hantaran di Facebook selepas hampir dua bulan suaminya gagal dihubungi susulan bencana di Nepal.
Menurut Hani, suaminya yang dikenali sebagai Loe amat mementingkan keselamatan dan mengutamakan nyawa, bukan sahaja dirinya tetapi juga orang lain.
Pada 27 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan, dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat di daerah Rasuwa, Nepal.








