KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) merampas tangga kedua Liga Super daripada Kuching City FC (KCFC) selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBP), sebentar tadi.

Kemenangan kelima berturut-turut itu menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan Gon terikat 15 mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

KCFC berpeluang untuk kembali ke kedudukan kedua Liga Super sekiranya berjaya menewaskan DPMM FC sekurang-kurangnya dengan dua gol pada satu lagi aksi Liga Super di tempat lawan, malam esok.

Pada aksi terbabit, tuan rumah mengasak dengan agresif dan memperolehi dua sepakan sudut hanya dalam tempoh lima minit pertama yang gagal dimanfaatkan dengan baik untuk mendapatkan gol.