JASIN: Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan Perikatan Nasional (PN) juga mahu mempertahankan kerusi dikuasainya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, sama seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Presiden WAWASAN itu berkata, sekiranya UMNO mahu mempertahankan kerusi dimenanginya, prinsip sama juga perlu diberikan kepada WAWASAN.

"Kedua-dua Dewan Undangan Negeri (DUN) atau bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Melaka itu adalah ahli WAWASAN.

"Jadi kalau konsepnya UMNO kata dia nak mempertahankan kerusi yang mereka menang, pasal apa pula dia tak nak bagi saya mempertahankan kerusi yang kita menang," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi WAWASAN di sini, hari ini.