MELAKA: Melaka FC (MFC) mencipta kejutan selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.

Skuad Hang Tuah mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan pada awal babak pertama sebelum memastikan kemenangan dramatik menerusi jaringan pemain gantian, R Ruventhiran, pada minit ke-86.

Namun, KL City terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-12 menerusi Fareed Sadat yang berjaya menewaskan penjaga gol Melaka FC, Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil.

Usaha tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Kpah Sean Sherman memainkan peranan penting dalam gerakan gol penyamaan dengan menghantar bola kepada Christian de Souza Andre untuk import dari Brazil itu menyudahkan peluang berkenaan dengan tenang untuk mengikat kedudukan 1-1.