Kuala Lumpur: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila turut meluangkan masa bagi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.
Siti Nurhaliza mengalu-alukan kehadiran Anwar bersama dif-dif kehormat di hadapan kira-kira 63,000 penonton yang hadir memeriahkan konsert tradisional terbesarnya itu.
"Malam ini kita menerima tetamu kehormat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Terima kasih kerana sudi turun padang saksikan konsert irama tradisional terbesar saya," katanya selepas membuat persembahan duet bersama penyanyi undangan, Haziq Rosebi.









