Shah Alam: Tiada sebarang bahan letupan atau peranti berbahaya di sebuah pasar raya di Klang seperti mana dakwaan yang tular di media sosial beberapa jam lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang juga pengurus stor jam 4.04 petang tadi.
Katanya, lelaki terbabit memaklumkan pihaknya menerima satu emel yang mengatakan ada bahan letupan diletakkan di pasar raya itu.
"Susulan laporan itu, pihak polis mengambil tindakan awal dengan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh bagi tujuan pengesanan bahan letupan di lokasi berkenaan.









