Jasin: Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 24 Oktober ini.
Presiden WAWASAN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengumuman itu akan dibuat pada Sabtu depan selepas perkembangan berkaitan isu PN menyusul daripada prosiding mahkamah pada 22 Oktober ini.
"Kita akan umumkan minggu hadapan, hari Sabtu kalau tidak silap saya.
"Semua ini akan kita umumkan selepas keputusan yang dibuat oleh mahkamah pada 22 hari bulan nanti. Lokasi akan kita maklumkan nanti," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi WAWASAN hari ini.









