JASIN: Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 24 Oktober ini.
Presiden WAWASAN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pengumuman itu akan dibuat Sabtu depan selepas perkembangan berkaitan isu PN menyusul daripada prosiding mahkamah pada 22 Oktober ini.
"Semua ini akan kita umumkan selepas keputusan dibuat mahkamah pada 22 hari bulan nanti. Lokasi akan kita maklumkan nanti," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi WAWASAN hari ini.
Mengulas persiapan menghadapi PRN Melaka, Hamzah berkata mesyuarat turut membincangkan jumlah kerusi akan ditandingi PN, selain penyelarasan jentera pilihan raya dari negeri lain.









