KUALA SELANGOR: Kakak kepada Mohammad Safiq Ruslan yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Bukit Kerayung, Jeram, di sini semalam menceritakan detik sedih mengajar adiknya itu mengucap dua kalimah syahadah, meskipun diberitahu mangsa sudah tiada.

Nor Hidayah Ruslan, 38, berkata dia masih terbayang saat memegang tangan adiknya yang sudah sejuk.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, 30, maut selepas motosikal Yamaha Y15 ditunggangnya bertembung Perodua Ativa yang keluar dari simpang.

Nor Hidayah berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian.