KLANG - Suasana di sebuah pasar raya di sini gempar susulan ancaman bom menerusi e-mel yang mendakwa bahan letupan diletakkan di premis berkenaan pada Sabtu.Bagaimanapun, keadaan terkawal selepas pemeriksaan polis selama hampir tiga jam tidak menemukan sebarang bahan letupan atau peranti mencurigakan di lokasi berkenaan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.04 petang."Laporan dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus stor selepas menerima e-mel berhubung dakwaan ancaman bom berkenaan."Susulan laporan itu, polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi mengesan bahan letupan di lokasi berkenaan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Klang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun KeseksaanSehubungan itu, Ramsay menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan e-mel atau sebarang bentuk komunikasi untuk menyebarkan maklumat yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta menimbulkan ketakutan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-3291 9614 atau balai polis berhampiran."Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Fazlan Rezza Mazlan menerusi talian 011-1056 1017," katanya.
Ancaman bom di pasar raya disahkan palsu

Key takeaways
Ancaman bom di pasar raya Klang disahkan palsu selepas pemeriksaan polis tidak menemui bahan letupan.
- Polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh bersama unit berkenaan untuk mengesan bahan letupan.
- Laporan diterima daripada seorang pengurus stor yang menerima e-mel ancaman bom.
- Polis menasihati orang ramai tidak menyalahgunakan komunikasi untuk menyebarkan maklumat palsu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Ancaman bom di pasar raya disahkan palsu (this story)
- Berita Harian Ancaman bom di pasar raya Klang palsu - Polis
- Harian Metro Polis sahkan tiada bom di pasar raya Klang







