Faiz Fadzil yakin PH mampu menawan Melaka seperti pada PRU14. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) percaya perubahan 'mood' rakyat yang semakin baik, termasuk selepas pengumuman Belanjawan 2027 mampu membantu gabungan itu mencatat kemenangan pada PRN Melaka, 14 Nov depan.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil, berkata keadaan itu mungkin menafikan ramalan penganalisis politik Ong Kian Ming, yang juga bekas Ahli Parlimen DAP, bahawa PH berdepan risiko kalah besar kepada Barisan Nasional (BN).

Faiz berkata, PH masih berpeluang kembali mentadbir Melaka kerana sokongan rakyat terhadap gabungan itu semakin baik berbanding ketika PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Faiz Fadzil.Katanya, beberapa pengumuman dalam Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, termasuk bantuan kepada rakyat, boleh menjadi antara faktor yang mempengaruhi sentimen pengundi.