KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM2,000 dilihat sebagai langkah reformasi penting terhadap pasaran tenaga kerja, bukan hanya meningkatkan kesejahteraan tetapi menyokong kecukupan simpanan persaraan yang lebih baik bagi ahli.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, langkah itu adalah usaha penting ke arah memastikan pekerja menerima bahagian yang lebih adil daripada hasil pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati bersama.

"KWSP turut menyokong inisiatif menaikkan kadar gaji kehidupan wajar bagi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada RM3,400 sebulan dan komited untuk melaksanakan sepenuhnya.