Jasin: Perikatan Nasional (PN) mahu mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, kata Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, sekiranya UMNO mahu mempertahankan kerusi yang dimenanginya, prinsip sama juga perlu diberikan kepada WAWASAN.

"Kedua-dua Dewan Undangan Negeri (DUN) atau bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Melaka itu adalah ahli WAWASAN.

"Jadi kalau konsepnya UMNO kata dia nak mempertahankan kerusi yang mereka menang, pasal apa pula dia tak nak bagi saya mempertahankan kerusi untuk kita menang," katanya.