SHAH ALAM – Masyarakat diingatkan agar tidak menjadikan aib orang lain sebagai modal meraih perhatian dan pengikut di media sosial berhubung kes khalwat membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ruang sepatutnya diberikan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan, bukannya membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

Menurutnya, tindakan sedemikian tidak membawa manfaat kepada masyarakat, sebaliknya boleh menjejaskan maruah individu terbabit ketika kes masih dalam siasatan.

Katanya, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tersebar di media sosial itu juga tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti penahanan yang diperkatakan.