KUALA LUMPUR – KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (KAB Gold) bukan sahaja mahu mengembangkan perniagaan emas, malah menjadikan perkongsian rezeki dengan pelanggan dan golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada pendekatan perniagaannya.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas KAB Gold, Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri, berkata perniagaan bagi umat Islam tidak seharusnya berakhir dengan pencapaian keuntungan dan kemewahan semata-mata, sebaliknya perlu membawa manfaat kepada masyarakat.
Beliau berkata, prinsip itu mendorong syarikat berkenaan mengadakan program kebajikan sempena pembukaan cawangan baharunya di Setapak, di sini, dengan mengagihkan RM30,000 kepada 60 pe








