KUALA LUMPUR: Niat murni seorang lelaki menghulurkan bantuan dalam kemalangan jalan raya berakhir dengan detik menyayat hati yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.
Saksi kejadian, Muhammad Auzaie, berkata beliau tidak menyangka perjalanannya pulang selepas melawat isteri dan anak di Hospital Tunku Azizah (HTA) bertukar menjadi satu pengalaman yang amat menyayat hati.
Katanya, ketika melalui kawasan berkenaan di Jalan Kuching, dia pada mulanya terserempak dengan satu insiden kemalangan di tepi jalan.
"Pada mulanya, terdetik di hati untuk melihat daripada tepi sahaja, namun Allah gerakkan hati saya untuk membantu keluarga itu apabila saya melihat seorang ayah sedang memeluk erat anaknya sambil menangis dan meminta pertolongan untuk menghantar anaknya ke hospital.








