KENINGAU - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terkena tembakan pada bahagian kepala dalam kejadian di sebuah pondok kebun getah di Kampung Mampulut, Sook, pada Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.35 petang.Menurutnya, mangsa berusia 11 tahun mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dipercayai akibat tembakan senjata api."Hasil siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak berada di pondok tersebut sebelum satu das tembakan berlaku."Kejadian dipercayai melibatkan senjata api buatan sendiri yang dikenali sebagai ginsok," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Susulan kejadian itu, Erwansyah berkata, mangsa dikejar ke Hospital Keningau untuk rawatan kecemasan."Bagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia. Bedah siasat dilakukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan mengesahkan punca kematian kecederaan tembakan pada bahagian kepala."Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(Α) Αkta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian dan pendedahan kanak-kanak kepada kecederaan, serta 8(A) Akta Senjata 1960 berkaitan pemilikan, jagaan atau kawalan senjata api tanpa lesen atau permit yang sah," katanya.Beliau berkata, siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti bagaimana senjata api tersebut diperoleh, disimpan dan dikendalikan sehingga berlakunya kejadian itu."Pemeriksaan forensik dan balistik turut diberi perhatian bagi menentukan mekanisme tembakan serta kaitan senjata yang disyaki dengan kecederaan mangsa."Pihak polis turut meneliti aspek pemilikan senjata api tanpa lesen serta kemungkinan pengabaian yang mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya," ujarnya.
Budak 11 tahun maut akibat tembakan 'ginsok' di kepala

Key takeaways
Seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut akibat tembakan 'ginsok' di kepala semasa berada di pondok kebun getah.
- Kanak-kanak maut akibat kecederaan serius pada bahagian kepala disebabkan tembakan senjata api buatan sendiri.
- Kejadian berlaku di Kampung Mampulut, Sook, dan mangsa dikejar ke hospital tetapi meninggal dunia.
- Kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Senjata 1960.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Budak 5 tahun maut nahas 6 kenderaan di Jalan Kuching
- Sinar Harian Budak 11 tahun maut akibat tembakan 'ginsok' di kepala (this story)
- Berita Harian Budak 11 tahun maut terkena tembakan








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2F9b9a5580ddb583f4be41effb0ba0c77e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
