KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) tertanya-tanya jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu menerima jika Pas menamakan wakil mereka sebagai calon perdana menteri pasca Pilihan Raya Umum ke16 (PRU16).Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata, ia memandangkan pimpinan utama Barisan Nasional (BN) masih enggan sehingga kini menamakan 'poster boy' untuk calon perdana menteri.Tegasnya, situasi itu berkemungkinan terjadi kerana Pas berkemampuan menang lebih banyak kerusi berbanding BN jika gabungan BN-Pas menjadi realiti memandangkan mereka kini adalah parti yang mempunyai ahli Parlimen terbanyak.Jelasnya, jika BN dan Pas benar-benar serius mahu bekerjasama menghadapi PRU16, persoalan paling asas yang perlu mereka jawab ialah siapa yang akan memimpin negara sekiranya mendapat mandat rakyat."Jika perkara sepenting ini pun masih belum dapat disepakati, bagaimana mahu meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu membentuk sebuah kerajaan yang stabil?"Persoalannya, jika Pas menang lebih banyak kerusi Parlimen berbanding BN, adakah BN bersedia menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Pas?"Sebaliknya, jika BN mendapat lebih banyak kerusi, adakah Pas bersedia menerima calon daripada BN? Bagaimana pula dengan pendirian GPS dan GRS dalam menentukan siapa yang bakal menerajui kerajaan Persekutuan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.Profesor, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh sebelum ini berkata, Pakatan Harapan (PH) mempunyai kelebihan lebih besar dalam isu penamaan calon perdana menteri berdasarkan rekod dan keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara terutama dari segi pembangunan ekonomi dan sosial.Dengan PRU16 dijangka berlangsung dalam masa setahun daripada sekarang, Mohd Afandi berkata, Anwar menawarkan kepimpinan yang sudah dikenali dan rekod pentadbiran yang boleh dinilai.Mengulas lanjut, Dzul Hilmi menjelaskan, semua ini menunjukkan bahawa kerjasama politik bukan sekadar soal mengumpulkan kerusi, tetapi memerlukan kesepakatan tentang kepimpinan, hala tuju negara dan keutamaan rakyat.Dalam hal ini, katanya, PH mempunyai kelebihan dari sudut kepastian kepimpinan kerana Anwar merupakan perdana menteri sedia ada dan rekod pentadbirannya boleh dinilai oleh rakyat."Rakyat boleh meneliti dasar ekonomi, pembangunan sosial serta langkah-langkah yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh pentadbiran beliau, sebelum membuat penilaian sendiri menjelang PRU16."Namun, kita tidak boleh hanya bergantung pada nama dan rekod seseorang pemimpin. Apa yang lebih penting ialah kemampuan kerajaan untuk meneruskan reformasi, memperkukuh ekonomi rakyat, menangani kos sara hidup dan memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada pembangunan negara," ujarnya.Menurut beliau, rakyat berhak mengetahui siapa yang bakal memimpin negara sebelum mereka keluar mengundi.Katanya, jawatan perdana menteri bukan hadiah politik untuk mana-mana parti, sebalik