Keningau: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terkena tembakan senjata api buatan sendiri ketika berada di sebuah pondok kebun getah di Kampung Mampulut, Sook, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 11 tahun mengalami kecederaan serius di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.35 petang, 10 Oktober lalu.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak berada di pondok berkenaan sebelum satu das tembakan dilepaskan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fseremban1_642711.png&w=480&output=webp&q=85&we)