Sepang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 di Apartment Horizon Suites, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 5.54 pagi tadi.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menyiasat kejadian itu.









