KUALA BERANG - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi di dalam longkang di kawasan perumahan Padang Setengge dekat sini petang semalam.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek, yang berumur 23 tahun, ditahan pada jam 3.30 petang di rumahnya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, penahanan itu telah mendedahkan kelahiran dan penglibatan suspek dalam kes berkenaan sekali gus membolehkan penyelesaian kes dalam tempoh 24 jam."Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah pagi tadi mendapati mayat bayi adalah cukup bulan dan mati lebih daripada 24 jam dari masa diperiksa, iaitu jam 9 pagi."Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat dipastikan sama ada lahir hidup atau mati, begitu juga sebab kematian... jantina bayi juga tidak dipastikan," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.Bernama semalam melaporkan seorang wanita menjumpai mayat seorang bayi tanpa beberapa anggota badan di dalam longkang ketika membasuh pakaian di belakang rumah di kawasan perumahan Padang Setengge, Kuala Berang. - Bernama
Polis tahan wanita bantu siasatan kes buang bayi

Key takeaways
Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun untuk membantu siasatan penemuan mayat bayi di longkang.
- Suspek ditahan di rumahnya pada jam 3.30 petang untuk siasatan lanjut.
- Mayat bayi ditemui cukup bulan dan mati lebih daripada 24 jam.
- Jantina dan sebab kematian bayi masih belum dipastikan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Polis rujuk siasatan terhadap Shuhaily kepada AGC esok
- Malaysiakini (BM) 'Lighad bukan liwat' - Wanita PKR adukan See-To pada polis
- Sinar Harian Polis tahan wanita bantu siasatan kes buang bayi (this story)








