PETARUNG Muay Thai negara, Muhammad Rifdean Masdor terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan dari Jepun, Nadaka Yoshinari selepas tewas menerusi Technical Knock Out (TKO) pada pusingan kedua dalam pertarungan ONE Championship di Ariake Arena, Tokyo pada Sabtu.Kemenangan dalam acara ONE SAMURAI 4 itu sekali gus melebarkan rekod luar biasa Nadaka dengan mencatat 43 kemenangan berturut-turut dalam karier profesionalnya.Bagaimanapun, kemenangan bintang kelahiran Jepun itu tidak hadir dengan mudah apabila dia mendedahkan mengalami kecederaan patah tulang hidung seawal pusingan pertama akibat asakan sengit Rifdean."Dalam pertarungan ini saya mengalami kecederaan. Pada pusingan pertama lagi hidung saya sudah patah."Tetapi hari ini, saya percaya saya telah mempamerkan keindahan dan keunikan seni Muay Thai kepada seluruh dunia," katanya dalam sesi temu bual sejurus tamat perlawanan.Sebelum pertarungan berlangsung, Rifdean dilaporkan gagal melepasi ujian hidrasi dan berat badan sekali gus menyaksikan atlet negara itu tidak layak untuk merebut gelaran Juara Dunia Muay Thai ONE kategori atomweight sekiranya menang.Mengulas mengenai situasi lawannya itu, Nadaka tetap memuji semangat juang tinggi yang dipamerkan Rifdean dan menyeru penonton agar memberikan penghormatan kepada atlet Malaysia berkenaan."Saya tahu Rifdean berdepan masalah lebihan berat badan dan melakukan sedikit kesilapan dalam soal itu. Saya faham fasa persediaan pastinya sukar buat dirinya, namun kami tetap berentap di dalam gelanggang."Saya sangat gembira pertarungan ini dapat direalisasikan. Terima kasih diucapkan dan saya harap semua orang dapat memberikan tepukan gemuruh buat Rifdean," ujarnya.