KUALA LUMPUR: Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor tidak kisah sekiranya gagal membawa pulang tali pinggang kejuaraan dunia, asalkan impiannya untuk berdepan juara dunia dari Jepun, Nadaka Yoshinari menjadi kenyataan pada ONE SAMURAI 4 di Tokyo, esok.
Menurut Rifdean, dia tetap mahu menguji kemampuan diri menentang jaguh Jepun itu meskipun tidak layak merebut gelaran Juara Dunia Muay Thai ONE kategori atomweight selepas gagal melepasi ujian hidrasi.
Ketika pertemuan bersemuka antara kedua-dua petarung itu, Rifdean berjanji akan turun dengan prestasi terbaik ketika menentang Nadaka di Ariake Arena, Tokyo, esok.
"Saya akan tunjukan aksi paling terbaik dalam dunia ketika menentang Nadaka," katanya.








