SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.54 pagi pada Sabtu."Mangsa berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001."Proses bedah siasat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, telah selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu.Jelasnya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee, menerusi talian 014-314 5347.
Kanak-kanak lelaki tiga tahun maut

Key takeaways
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri.
- Ketua Polis Daerah Sepang mengesahkan kematian kanak-kanak itu di lokasi kejadian.
- Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 digunakan untuk membuka kertas siasatan.
- Pihak polis meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh teman lelaki di rumah sewa
- Utusan Malaysia Tiga termasuk dua kanak-kanak maut kereta langgar belakang lori
- Malaysiakini (BM) 17 maut termasuk tiga kanak-kanak dalam serangan Rusia di Ukraine
- Malaysiakini (BM) Nahas enam kenderaan di Jalan Kuching, kanak-kanak lima tahun maut
- Sinar Harian Kanak-kanak lelaki tiga tahun maut (this story)








