JAKARTA – Seorang penduduk di Palu, wilayah Sulawesi Tengah terkejut melihat tangki air di rumahnya mencair dan tidak boleh digunakan akibat cuaca panas melampau.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @peekabou_meyou menunjukkan sebuah tangki air berwarna jingga berubah menjadi penyet dan melengkung.
Menurut perakam, kejadian dipercayai berlaku akibat terdedah kepada cahaya matahari.
Rakaman itu mencatatkan lebih 4.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.










