KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang dikatakan mahu mengambil sebiji bola di tengah jalan maut akibat dirempuh sebuah lori di Kampung Surau Haji Daud, di sini, hari ini.
Dalam kemalangan pada pukul 4.10 petang itu, mangsa yang merupakan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, lori yang dipandu seorang lelaki berumur 44 tahun d










