PETALING JAYA – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengambil pendekatan tersendiri mengumpul dana bagi membantu membaik pulih rumah penduduk kampung dengan menjual ikan tilapia.
Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, Dr. Akmal memaklumkan sebanyak 450 ekor ikan tilapia berjaya dijual dan hasil jualan itu mencecah RM14,474.
Menurutnya, kutipan berkenaan bukan sahaja diperoleh daripada jualan ikan, malah terdapat pembeli yang turut menyumbang dengan membayar lebih daripada harga ditetapkan.
“Alhamdulillah, 450 ekor ikan tilapia telah berjaya kita jual dan hasilnya adalah sebanyak RM14,474 telah kita dapa










