AYER KEROH: Sekurang-kurangnya sembilan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada pelbagai parti mungkin digugurkan, sekali gus membuka ruang kepada muka baharu untuk menggalas cabaran.
Gelombang perubahan calon yang dijangka mewarnai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini berdasarkan faktor prestasi, tempoh perkhidmatan, percaturan pembahagian kerusi hinggalah strategi parti memperluas pengaruh, sekali gus menjadikan kedudukan sekurang-kurangnya sembilan penyandang menjadi perhatian menjelang pengumuman senarai calon bermula minggu depan.
Antara kawasan yang dijangka menyaksikan perubahan ialah Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Sungai Udang, Pengkalan Batu, Kesidang, Bemban, Serkam dan Sungai Rambai.









