WASHINGTON: Video yang dikongsi anggota tentera Amerika Syarikat (AS) menunjukkan beberapa dron menjunam ke Kem Buehring, kemudahan persinggahan utama Tentera Darat Amerika di Kuwait yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan Iraq, selain kerosakan pada bangunan serta peralatan ketenteraan
Serangan Iran itu memaksa tentera AS meninggalkan pangkalan itu pada peringkat awal perang Amerika-Israel terhadap Iran, menurut rakaman yang baru dikeluarkan dan keterangan anggota tentera Amerika yang diperoleh CBS News serta diterbitkan semalam.
Menurut CBS, pihaknya mengesahkan ketulenan rakaman itu menggunakan metadata yang terkandung di dalam fail dan imej kerosakan selepas serangan.
Pangkalan itu berulang kali diserang peluru berpandu balistik dan dron Iran selepas permusuhan bermula pada 28 Februari.










