WASHINGTON: Letupan dan kebakaran besar dilaporkan berlaku di pangkalan tentera Kanada di Alberta, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan, manakala angin kencang menyebabkan api merebak ke luar kawasan pangkalan, lapor Anadolu Ajansi.

Menteri Pertahanan, David McGuinty, mengesahkan kejadian itu mengakibatkan kematian dan kecederaan, namun tidak mendedahkan jumlah mangsa.

"Saya dukacita memaklumkan bahawa terdapat kematian dan kecederaan akibat insiden di pangkalan itu," katanya kepada pemberita.

Beliau merujuk kepada Pangkalan Angkatan Tentera Kanada Wainwright, yang terletak di timur Edmonton, ibu negeri Alberta.