KUALA LUMPUR: Pemain beregu negara, Teoh Mei Xing mengambil keputusan untuk menggantung raket selepas 10 tahun menabur bakti bersama skuad badminton negara.

Bagi Mei Xing, itu bukanlah penamat yang diinginkan kerana sekiranya berjaya meraih kejuaraan dalam kejohanan terakhirnya pada Malaysian Super 100 di Johor minggu ini, ia akan menjadi penutup yang lebih bermakna buat dirinya.

Dalam kejohanan itu, Mei Xing yang bergandingan bersama Tan Zhi Yang terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Jin Sung-ik-Lee Seung-hee.

"Saya bersyukur kerana penampilan terakhir saya adalah di Malaysia, namun sedikit kecewa kerana tidak berjaya bergelar juara sebelum menamatkan karier badminton.