Las Vegas: Misteri identiti seorang lelaki yang ditembak di kepala sebelum mayatnya disumbat ke dalam tong lebih empat dekad lalu akhirnya terungkai selepas rangkanya ditemukan susulan penurunan paras air Tasik Mead di Amerika Syarikat (AS), lapor Gulf News.

Pihak berkuasa di Las Vegas pada Khamis mengesahkan mangsa ialah Edward Lelburian Jackson, seorang lelaki dari Arkansas yang dipercayai berusia antara pertengahan hingga akhir 50-an ketika dibunuh.

Rangka mangsa ditemukan pengemudi bot pada Mei 2022 di dalam sebuah tong berkarat di tebing Tasik Mead, berhampiran Las Vegas.

Penyiasat percaya Jackson dibunuh pada akhir 1970-an atau awal 1980-an.