Kota Bharu: Aktivis masyarakat, Abbe Hae didakwa ditahan polis bersama 15 individu lain, semalam.
Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd Adnan yang juga pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan dikatakan ditahan petang semalam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Berdasarkan Facebook Abbe Hae, dia bersama 15 yang lain bermalam di lokap sejak semalam.
Katanya, turut ditahan adalah Datuk Mizan dari ISejahtera Malaysia dan Tengku Harith iaitu Pengurusan Jenazah Pasir Puteh.









