AYER KEROH: Kementerian Luar akan menyegerakan urusan mendapatkan sijil kematian bagi 54 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Nepal bagi membolehkan keluarga terdekat membuat tuntutan bank, insurans dan urusan berkaitan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pihaknya sedang berurusan dengan Kerajaan Nepal bagi mencari penyelesaian segera berikutan kekangan undang-undang negara itu dalam mengeluarkan sijil berkenaan bagi individu yang hilang dan tidak dapat dikesan.
Beliau berkata, undang-undang sedia ada di Nepal hanya membolehkan pengeluaran sijil kematian, manakala kes kehilangan individu yang tidak dapat disahkan memerlukan tempoh lebih panjang, iaitu sehingga tiga tahun.
"Jadi, kita sedang berurusan dengan negara Nepal. Kedutaan kita juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa negara itu bagi mendapatkan perkembangan terkini.









