Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihat mempertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke Perancis susulan demonstrasi di beberapa bandar utama negara itu.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini, turut menasihatkan rakyat Malaysia di Perancis supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan situasi itu.
Kenyataan itu berkata, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas atau terbabit dalam demonstrasi di beberapa bandar utama di seluruh Perancis, setakat ini.
"Kedutaan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini dan memudah cara bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia, jika diperlukan.









