PETALING JAYA – Rakyat Malaysia dinasihatkan mempertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke Perancis susulan demonstrasi yang sedang berlangsung di bandar-bandar utama negara itu.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Kedutaan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini dan memudah cara bantuan yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia sekiranya diperlukan.
Katanya, setakat ini tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas akibat demonstrasi tersebut.
“Walaupun tiada sekatan perjalanan ke Perancis, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mempertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting sehingga keadaan bertambah baik.









