KUALA LUMPUR – Tanda ingatan, pelakon, Shaheizy Sam meletakkan Abdul’ss pada kafe miliknya kerana mahu mengabadikan nama bapanya, Allahyarham Abdul Samad Jaaman yang meninggal dunia ketika dia berusia 12 tahun.
Shaheizy Sam, 44, atau Sam berkata, dahulu dia tidak berpeluang mengenali insan dihormatinya itu dengan lebih dekat atas faktor kesibukan Allahyarham yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor.
“Sejujurnya, sebagai anak, saya tidak begitu mengenali arwah bapa tetapi apabila semakin dewasa, saya terfikir, walaupun saya tidak mengenalinya, beliau tetap bapa saya.
“Jadi, saya membuka restoran Abdul’ss demi mengingati selain ada sebahagian hasil perniagaan ini yang mahu saya wakafkan untuk arwah bapa,” katanya kepada HibGlam.









