PETALING JAYA – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa esok.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.

Katanya, warga sekolah termasuk murid turut digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.

“Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak mereka.