KOTA BHARU – Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular melibatkan aktivis media sosial yang dipercayai menggempur etnik Rohingya di daerah ini, kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihak mengambil maklum isu tular melibatkan seorang aktivis media sosial dan isu berkaitan komuniti Rohingya di negeri ini.
Katanya, polis memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.
“Sehubungan itu, polis Kelantan membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mengganggu ketenteraman awam dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rompakan berkumpulan.









