KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat menangguhkan perjalanan tidak penting ke Perancis, susulan demonstrasi di beberapa bandar negara itu.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini, turut menasihatkan rakyat Malaysia di Perancis supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan itu.
Kenyataan itu berkata, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas atau terbabit dalam demonstrasi di beberapa bandar utama di Perancis, setakat ini.
"Kedutaan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini dan memudah cara bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia, jika diperlukan.









