PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan hari ini menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) yang kononnya bermula 1 November ini seperti yang tular menerusi satu poster.
Menerusi hantaran di Facebook, kementerian itu menjelaskan poster yang tular itu adalah palsu.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 November 2026 kerana maklumat itu adalah palsu.
"Kementerian Kewangan ingin menegaskan tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan," katanya.









