RIYADH: Sebuah helikopter peninjau AH-6i terhempas di wilayah Najran, Arab Saudi akibat kerosakan teknikal, mengorbankan dua kru pesawat itu, menurut jurucakap pakatan diketuai Arab Saudi, Mejar Jeneral Turki al-Maliki, dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan helikopter berkenaan terhempas di kawasan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengawal Kebangsaan Arab Saudi.

Kawasan Najran di barat daya negara itu menjadi sasaran serangan kumpulan Houthi yang disokong Iran sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ketika pertempuran antara pakatan berkenaan dengan kumpulan militan berpangkalan di Yemen itu semakin memuncak.

Konflik Yemen kini menjadi satu lagi medan dalam perang terhadap Iran yang diketuai Amerika Syarikat (AS).