RIYADH – Kumpulan Houthi di Yemen memberi amaran kepada syarikat penerbangan dan penumpang supaya tidak menggunakan lapangan terbang Arab Saudi susulan serangan di Riyadh yang mengorbankan 12 orang dan lebih 300 lagi cedera, lapor akhbar The Independent.

Selain merupakan serangan paling dahsyat di Arab Saudi dalam tempoh lebih satu dekad, kejadian berlaku ketika perang antara militia Houthi disokong Iran dan kerajaan Yemen yang pro-Arab Saudi semakin sengit.

“Kami memperbaharui amaran kepada semua syarikat penerbangan, pakar, pekerja, kakitangan dan pengembara agar tidak menggunakan lapangan terbang serta ruang udara Arab Saudi kerana terdedah kepada serangan dan menjadi medan operasi pasukan kami melainkan lapangan terbang di tanah suci Mekah dan Madinah.