Serangan di lapangan terbang utama di ibu negara Arab Saudi berlaku ketika ketegangan semakin meningkat susulan beberapa siri serangan misil dan dron oleh kumpulan Houthi. (Gambar Wikimedia Commons)ISTANBUL: Seramai 12 orang terkorban manakala 309 yang lain cedera dalam serangan di lapangan terbang utama di ibu negara Arab Saudi pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa penerbangan awam.

Pihak berkuasa penerbangan awam memaklumkan bahawa empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan terkorban dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid itu.

Menurut pihak berkuasa berkenaan, mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital, dengan beberapa daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.