SHAH ALAM - Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) bermula 1 November ini seperti mana yang tular di media sosial ketika ini.Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan, maklumat tersebut adalah palsu."Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan."Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat," kata kenyataan itu pada Ahad.Sebelum itu, tular sekeping poster palsu yang tular menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai visual utama bersama tajuk 'Berita utama hari ini, QR mulakan caj perhidmatan 1 November ini'.
MoF nafi caj perkhidmatan QR bermula 1 November ini

Key takeaways
Kementerian Kewangan menafikan khabar angin mengenai caj perkhidmatan QR bermula 1 November.
- Kementerian Kewangan mengesahkan maklumat tentang caj QR adalah palsu.
- Orang ramai disaran mendapatkan maklumat sahih dari sumber rasmi.
- Poster palsu yang menggunakan gambar Perdana Menteri tular di media sosial.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Jualan tiket ECRL dijangka bermula November - MRL
- Sinar Harian MoF nafi caj perkhidmatan QR bermula 1 November ini (this story)







