MELAKA - Malaysia akan menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan yang tidak terkawal di negara itu, termasuk menyediakan aset udara untuk memadamkan kebakaran, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, perbincangan sedang diadakan antara agensi berkaitan kedua-dua negara bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang bersesuaian, mengambil kira keadaan kebakaran yang berlaku jauh di kawasan pedalaman serta tahap jerebu yang menjejaskan operasi udara.Menurutnya, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mengadakan rundingan dengan rakan sejawat masing-masing bagi memperincikan bantuan yang boleh disalurkan."Selain menawarkan aset helikopter dan pesawat pengebom air yang boleh membawa air, mereka sedang memikirkan cara Malaysia dapat memberikan bantuan kepada Indonesia untuk memadamkan kebakaran hutan yang tidak terkawal sekarang ini."Memang susah. Pasukan Jepun pun sebelum ini tidak dapat berbuat apa-apa dan sudah pulang ke negara mereka. Tetapi kita sebagai negara yang terlibat tidak boleh duduk diam sahaja," katanya ditemui pada pada Majlis Persidangan Agung Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) Kebangsaan Kali Ke - 10 di sini pada Ahad.Beliau berkata, hasil perbincangan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan untuk menyalurkan bantuan kepada kerajaan Indonesia.Katanya, kebakaran yang berlaku jauh di kawasan pedalaman menyukarkan penghantaran bantuan menggunakan kenderaan darat, manakala operasi pemadaman melalui udara turut berdepan kekangan akibat keadaan jerebu yang tebal."Pesawat tidak boleh terbang kerana ketebalan jerebu itu sangat teruk, dengan jarak penglihatan tidak sampai 50 meter."Indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan Kalimantan pula mencecah 1,000, sekali gus menunjukkan keadaan yang amat teruk," katanya.Tegasnya, Malaysia perlu mengambil kira aspek keselamatan sebelum melaksanakan sebarang operasi bantuan udara bagi mengelakkan risiko kepada juruterbang dan anggota yang terlibat."Kita perlu berhati-hati. Kita tidak boleh memaksa juruterbang terbang dalam keadaan berbahaya. Kita tidak akan berbuat begitu," katanya.
Jerebu: 'Malaysia akan bantu Indonesia, tak boleh duduk diam saja' - Tok Mat

Key takeaways
Malaysia akan bantu Indonesia tangani kebakaran hutan dengan aset udara, selepas perbincangan antara agensi kedua negara.
- Malaysia tawarkan helikopter dan pesawat pengebom air untuk padamkan kebakaran hutan di Indonesia.
- Operasi udara terganggu oleh jerebu yang tebal, jarak penglihatan kurang 50 meter.
- Perbincangan antara agensi kedua negara sedang dijalankan untuk tentukan bentuk bantuan yang sesuai.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Jerebu: 'Malaysia akan bantu Indonesia, tak boleh duduk diam saja' - Tok Mat (this story)









