KUDAT - Pengalaman hidup dalam serba kekurangan sehingga ibu terpaksa meminjam wang untuk membayar yuran peperiksaan ketika di bangku sekolah menjadi antara pengalaman yang mendorong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu memastikan kemiskinan tidak menghalang anak Sabah daripada mendapat peluang untuk maju dan berjaya.Berkongsi pengalaman hidupnya ketika berucap pada Konvensyen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 2026, Hajiji mengimbau kesukaran yang dilaluinya ketika hendak menduduki peperiksaan Tingkatan Tiga atau Lower Certificate of Education (LCE) pada 1971.Katanya, ketika itu ibunya terpaksa meminjam wang sebanyak RM15 daripada saudara-mara untuk membayar yuran peperiksaan, sekali gus menjadikan pengalaman tersebut sebagai antara asas keprihatinannya terhadap kepentingan pendidikan anak Sabah."Atas kesedaran itu, kerajaan meneruskan 14 inisiatif bantuan pendidikan selaras dengan Teras Kedua Hala Tuju SMJ, iaitu Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, termasuk bantuan BUDI, Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) dan bantuan tiket penerbangan mahasiswa menerusi SUBFLY," katanya semasa di Dewan Tun Mustapha di sini pada Ahad.Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, komitmen kerajaan negeri terhadap pendidikan turut diterjemahkan melalui peningkatan peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) daripada RM55 juta pada 2021 kepada RM155 juta pada 2026.Menurutnya, hampir 480,000 pelajar telah menerima manfaat daripada pelbagai bentuk bantuan dan insentif pendidikan yang disediakan kerajaan negeri."Sekiranya kerajaan berkemampuan untuk menghilangkan satu halangan daripada perjalanan hidup seorang anak Sabah untuk maju dan berjaya, maka kita harus hilangkan halangan tersebut," katanya.
Ibu terpaksa pinjam RM15 untuk bayar yuran peperiksaan - Hajiji

Key takeaways
Hajiji berkongsi pengalamannya ketika ibunya meminjam RM15 untuk yuran peperiksaan, yang memupuk keinginannya untuk memastikan pendidikan tidak terhalang oleh kemiskinan.
- Hajiji mengimbau pengalamannya meminjam RM15 untuk yuran peperiksaan semasa kecil.
- Kerajaan Sabah melaksanakan 14 inisiatif bantuan pendidikan untuk bantu anak Sabah.
- Peruntukan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah meningkat daripada RM55 juta kepada RM155 juta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian MPM harap RM15 juta untuk pembangunan sukan para
- Free Malaysia Today Tuan Ibrahim gesa batal syarat simpanan RM15,000 untuk haji
- Utusan Malaysia Sita aset pesalah trafik untuk bayar pampasan
- Sinar Harian Ibu terpaksa pinjam RM15 untuk bayar yuran peperiksaan - Hajiji (this story)









